Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...
Assalamualaikum.. :D
bila dengar je lagu nie..lagu dari kumpulan In-Team (Bicara kata),kekadang sebak pun ada..
Terpikir melalui sudut mata manusia yang berbagai ragam kat dunia nie kan.. kadang tu apa je yang kita buat ,semua bagi orang lain salah...ada jgak bila marah,tak ingat dunia,xingat org keliling yang ada ..ada yang sampai sanggup mengumpat,perli ,tohmahan lagi , tak cukup tu, hinaan,caci-maki segala untuk puaskan hati sendiri..hmm,indah sungguh bahasa kita...
Setiap patah kata kita ini adalah cerminan diri kita,sahabatku...
setiap patah yang dikeluarkan itu sama ada akan menjadi bantuan atau tanggungan buat diri kita nanti..
kerana KATA_KATA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG.. :)
Ia boleh menyebabkan ribuan menjadi mangsa
kalau pedang tu ..at least dia boleh bunuh sorang dua je,tapi kata-kata nie boleh bunuh ramai orang tanpa sedar..so,kalau anda nak buat dosa free macam tu,baik amek je pedang p bunuh orang..sekurangnya,dosa tu sikit la daripada dok mengata orang ye..
okay..:)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan