ayat gerak

The most important thing is to enjoy your life—to be happy—it's all that matters

Jumaat, 29 Mac 2013

Kisah Dicerita: Part 1

This short story is made based on the experiences i've go through the surrounding,just some sorts to understanding the world through my mind...
(p/s:InsyaAllah,i hope that if not the whole,maybe a lil' bit can give some inspirations for all of us,bear in mind that u must put Allah at upmost prior than other okay...Allahuakhbar)

dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim.............
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                Angin bayu dari pantai meniup lembut,menyegarkan dirinya seusai menunaikan solat Subuh pada dinihari itu.
Allahuakhbar,terasa indahnya kala itu..Wardah memejamkan matanya,rapat ...merasakan nikmat pemberian Allah kepada dirinya petang itu,peluang seperti ini jarang sekali didapatinya lantaran diri sibuk sepanjang masa.

Yaa,Wardah merasakan sesuatu dari dalam hatinya,resahkah hatinya? tenangkah dia sekarang? kosongkah hatinya?
ahh,dia tidak dapat memahaminya.
Gelodak hatinya kini serasa ingin menyumbat sistem pernafasannya,memperlahankan aliran darah ke segenap ruang badan.
"Aduh,apakah ini?".Wardah menggumam .Tangannya itu diletakkan diatas dadanya,merasai degup kencang hatinya itu. Masih lagi kencang.
Tidak mengapalah hati,mungkin ia sedang berzikir kepada Tuhan alam ini,Maha suci Allah yg menjadikan makhluk2Nya sesuai dengan keadaan setiap satunya.
      Setelah dirinya dirasakan puas menghirup udara pagi hari,Wardah masuk ke dalam,ada tugas yg perlu disiapkan.Bimbang jika ditangguh akan bertimbun..sabar itu penting..

"Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Al-Asr : 1-3

"Ya Allah,bantulah hambaMu ini.Ya, aku ada Kamu,.." Wardah memulakan kerja ,assignment yg dibawa balik dari kolej itulah menyebabkan dia sedikit terkilan untuk pulang ke rumah.
Bukan apa,dia tidak mahu konsentrasinya ketika pulang itu akan terganggu,tumpuan khas untuk keluarganya sahaja..dahlah balik pun jarang sekali,apatah lagi pulang membawa tanggungan..tapi itulah,hidup sebagai pelajar..."Apabila kamu tidak menahan lelahnya belajar,Kamu pasti menanggung peritnya kebodohan".Terkedu. ditarik balik rungutan tadi. kerja nya dimulakan.

Malam itu,setelah selesai mengemas dan bersiap-siap untuk tidur,fikiran dan hatinya diasak lagi.
Duhai hati dan akal ,apa lagi yg kalian mahukan?? Soalan itu kerap kali bermain-main dibenaknya.
Dia sudah penat,penat untuk menjawabnya . Dia juga tidak tahu apakah alasan dan hujah yg sesuai,dia bingung.


Nafas ditarik panjang. lalu dilepaskan perlahan.
Ya,kali ini dia nekad.
Nekad untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut,persoalan ygseringkali bermain dibenaknya setiap kali dia bersendirian.

Apakah yg dicari dirinya selama ini?
Bisikan2 halus yg mengejek dan memerli dirinya setiap kali dia bersemangat,manusia lain tidak tahu itu.Hanya saja ia dapat didengar,pastilah manusia lain akan lari daripadanya,kerana apa?kerana bisikan itu sudah pandai mencari helah yg superb,terkadang Wardah juga tidak mampu menghalangnya.
Ada sesuatu yg hilang dari dirinya,itulah yg perlu dicarinya sekarang .

Namun,dia kembali runsing. Kemana pula dia ingin bertanya? Darimana dia mahu bertukar  dan meminta pandangan?pandangan sayu dilontar kehadapan. hmm,beratnya persoalan ini..
Persoalan mengenai diri sendiri rupanya lebih berat bebannya dari menyelesaikan permasalahan orang lain.
Dia kaku sejenak. Dia buntu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lembaran buku notanya dibuka,menconteng-conteng segala idea yg datang,datangnya tanpa diduga.Alhamdulillah, bersyukur kerana dikurniakan isi idea untuk  berbicara,walaupun bicaranya hanyalah diatas sebuah kertas.Sesekali dia melontarkan pandangannya ke tepi,memerhati perilaku sahabat sebelahnya. tiba-tiba,hatinya terasa pilu.
Sesekali dia mempersoalkan takdir Allah,mengapa dia diuji sebegini? ya,bukannya ujian berbentuk fizikal,tetapi ujian berbentuk halus,hadirnya tanpa sedar sahaja sudah boleh melukakan hatinya,parah ni nampaknya.
Kenapa aku dikurniakan sahabat yg berperwatakan begini? Adakah aku ini cerminan dirinya,ataukah dia ini cerminan diriku?? Aku buntu,tidak ada sekelumit pun mahu menyindir atau memperkecil sahabatnya itu,tetapi  terkadang dia sedih.Wardah sendiri tidak mengerti bagaimana dia bisa bersahabat dengannya,mungkinkah dahulu perangainya ditutup?ataukah dia itu memang cerminan sifatku selama ini? Ya Allah,hina terasa diri ini..
Bukan niat untuk mencela sahabatnya itu,tetapi Wardah perlukan bimbingan,sokongan dan kesetiaan jalinan sebuah persahabatan seperti disekolahnya dahulu,bukan ini yg dia mahukan.
Hamburan kata-kata kasar,sesekali terkeluar bahasa yg tidak beradab,hati wardah pedih,dia terkilan.... dia sedih mengapa sahabatnya itu sedikit kasar dan keras,sukar sekali untuk mengajaknya membuat kebaikan,walaupun dia sedar akan kebaikan itu besar ganjarannya...
Astaghfirullah,ampunkan dosaku ya Rahiim...
Syaitan menghasut secara halus....apakah patut aku mempersoalkan takdir dan kehendakNya?
Apa yg perlu aku lakukan ,Ya \Khaliq?
Bantulah hambaMu ini,aku ingin sekali melihatnya berubah,jauh dari sifat dirinya sekarang,aku mahu dia berubah ke arahMu....kerana aku sayangkan dia sebagai sahabatku,
Allahuakhbar...susahnya mengajak manusia ke arah kebaikan ini,dan aku..aku juga tidak tahu masa depan ku nanti,aku hanya mampu berusaha..Istiqamah kan diriku agar sentiasa diatas landasan Kasih dan RedhoMu yg amat aku dambakan...
 "Kadang-kadang,Wardah juga insan biasa...tidak lari dari kesalahan manusiawi ini...
namun janganlah dipersalahkan agamanya,diperli dirinya secara halus...tegurlah dengan berhikmah,sahabat",dia membisikkan soalan pada angin yg berlalu,dibiarkan terbawa oleh hembusan angin,sepi tanpa jawapan..

Ahh,hampir saja dia terlupa...Niatnya untuk mencari jawapan yg tuntas kepada persoalannya dan kini tersedia beban amanah berbentuk sahabat yg perlu digalas dan dijaga dengan sebaiknya..
dia tekad untuk tetap mencari jawapan...........bersambung lagi nanti,InsyaAllah..

P/S: sekadar nota kaki....

Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengan nya maka peganganglah dia bersungguh-sungguh.-Saidina Umar Al-Khattab-

sebuah pertemuan itu


Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 

Tersungkur di lembah kegelapan 



Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 



Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, 
tika aku ..
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 



Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 



Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 



Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 



Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 



Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 



Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

yaa,inilah sebuah pertemuan yg indah..
bertemu dan berpisah kerana kasihNya...
teman,bantulah diriku,agar aku turut sama merasai hidayahNya...
yg menyubur mekar dibalik taautan kasih kita...
aku juga insan biasa ,buat salah dan xnampak kesalahan itu...
aku juga mahukan teguran kasihmu,bukannya teguran amarah darimu...
bawalah aku mengenaliNya dengan lebih lagi...
mengenal cinta hakiki yg utama dan abadi..
 :'(

Isnin, 25 Mac 2013

Auratmu itu indah..jagalah ye..

assalamualaikum n hai.....:)

Sebagaimana tajuk diatas,saya ingin berbicara mengenai wanita,ya muslimah, gadis waima anak dara sekalian...anda semua terlibat dalam konteks perbicaraan berbentuk nasihat kasih sayang antara kita,sebelum tu maaf andai ada yg terasa sebentar lagi..silalah bawa ketepi dahalu sifat justifikasi anda semua terhadap entry ini sebelum start baca okey..?
Baguusssss..........zass....

ya,muslimah adalah perhiasan yg sangat berharga,kerana dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..see,nampak kan disitu wahai insan yg cantik lagi menawan,wanita solehah ini sangat dijaga dalam Islam kita ye anak-anak...

justeru itu,saya ingin menyeru serta memanggil dan menuggu-nunggu kalian semua untuk berubah ke arah yg lebih kepada hidup bersyariah,yakni dengan menutup aurat dahulu...kenapa aurat perlu ditekankan padahal solat itu lebih utama?
ya,terima kasih kerana bertanya:)
kerana bagi saya,dalam sehari2 saya telah memerhatikan bebrapa kelompok manusia yg berpakaian kurang enak dipandang tetapi masih menunaikan solat,jadi saya mengandaikan kalian ini sudah tahu bahawasanya kepentingan solat itu terletak pada kadar yg tersangat utama daripada takrifan aurat..jika tidak,kenapa kalian bertanya sambil menzahirkan keutamaan solat,see....anda semua dah tau...namuan aurat je yg macam masih kelabu2 hijau biru kuning pekat sikkit..dan

saya juga turut merasakan dari penutupan aurat yg sempurna,barulah akan ada perasaan malu,yakni rasa takut untuk melakukan maksiat serta dosa,apatah lagi meringankan solat,..

ye,dan lagi ,nanti ada orang kata..elehh,ada juga satu puak nie,pakai je macam alim,tutup sana,tuutp sini, tutup sono,TAPI !!
perangai macam apa,solat pun macam apa je..

CHUPP!

jangan salahkan pakaian yg menutupi tubuh itu serta mengkonklusikan pemakaiannya,hanya sebab perangai dan kemalasan dia,tetapi itu hanyalah luaran sifat perangai dia yg seperti sudah sebati dengan dirinya..bukan salah kat baju or handsock or stoking or tudung labuh koshibo ke tau..cian kat benda2 tu...

now,kembali pada persoalan,aurat yg saya tekankan dekat entry ni...
kadang2 kita boleh nampak dalam kehidupan seharian kita,memang macam2 fesyen ada ,carilah yg ikut syariah.....TAPI!...tapi..tapikan..
pakaian takwa itu kan yg terbaikk sekali kan.... dan laginya ,
setiap orang saya andaikan paham mengenai solat,jadi kenapa tidak untuk aurat...
hmm,sudah banyak saya lihat kempen pompang sana..pompang sini...suruh tutup aurat sebaiknya ikut cara islam,
banyak orang akan dengar..
angguk2 paham..
tapi,ada sesetengahnya balik tak amalkan pun...
hmm,*gelenggelengkepala..
mungkin,niat itu xsampai dihati kot...hmm,alasan...pelik =.="

wahai insan yg ku sayangi,dikau sangat indah...kecantikan itu perlu ditutup rapi..jangan jadikan alasan panas itu sebagai cara meloloskan dirimu dari etika pemakaian Islam,
kerana  aku bimbang..
kamu xdapat jadikan itu sebagai alasan untuk meloloskan diri dari siksaan yg amat keras oleh tuhanMu nanti..
jangan jadikan alasan kuno sebagai hujah pembela kamu,
kerana aku bimbang..
alasan itu xditerima pakai disisi perbicaraan Al-Khaliq kelak..
Islam xakan pernah kuno!
cuma kita sahaja yg dimomok oleh cara berfesyen yg ala-ala betul lah sangat dari media,berteraskan negara2 yg bersifat kebaratan,kononnya bertamadun...ahh,itu adalah salah..!

ingat janji Allah itu pasti !!,*tersedak

kita bukan selamanya dibumi,wahai sahabat ku tersayang.....
ini cuma persinggahan...

pakaianmu ini adalah alternatif terdekat seiring kalian cuba untuk berubah...
dengan pakaian yg bersyariat,InsyaAllah,kalian akan merasa suatu perasaan indah....
parasaan tenang,terasa dilindungi,bahkan...tidak terasa panasnya..kerana kalian akan terfikir bagaimana panasnya azab neraka itu kelak dari panas duniawi ini....
mula2 mungkin xtahan,insyaAllah lama2 anda boleh....
#seronoktengokorangberubahdanpakaisopan...cantik je tau..

okeyh,sampai kita bersua lagi...
ma'as salamah
(^_^)

Khamis, 21 Mac 2013

Sungguh..sungguh...

assalamualaikum dan hai...

ya,untuk kesekian kalinya,saya mahu berbicara..mengenai soal apa?
hati? ya..soal hati..
adakah enti bercinta?
ya,ana bercinta...
wahh,siapakah dia?
Dia itu sangat sweet...
tapi awas,jangan sampai Dia marah...
sungguh takut membayangkan sesaat kemarahan itu datang menerkam bagaikan singa lapar,bahkan lebih dahsyat dari itu...
tapi,itulah...
hmm,jadi dia itu siapa?
Dia itu adalah Allah yg Esa..tak pernah meninggalkan ku walau seketika,mungkin hanya aku yg kadang2 terleka seketika,tapi..
Dia xpernah jemu memanggil hambaNya ini...

hati....kenapa perlu sedih...?
aku ada Allah....
yaa...
Allah,
aku ada Kamu..mengapa lagi hati ini perlu gusar dengan tohmahan orang??
aku ada Kamu,.mengapa perlu bersedih-sedihan hanya kerana manusia yg bersikap terumbang-ambing?
aku ada Kamu..mengapa perlu bersedih andai ada yg mencerca,memerli diri insan kerdil ini?
aku masih ada Kamu,jadi kenapa aku perlu tersiksa hanya kerana terpaksa menyiapkan diri lantaran  memenuhi tuntutan manusiawi sedangkan hidupku hanyalah untuk Mu,agama ini ,ummah ini ...
yaa,aku ada kamu......

aku punya Kamu....

dengan rahmatMu aku hidup,..
dengan amaran azabMu aku berwaspada...
moga diri ini kuat menempuh lautan manusia,yg hadir sebagai cabaran bersama onak duri rentetan ceritera masing-masing...
dan teguh menjadi bidadari agamamu didunia..
serta di akhirat kelak yg ku damba..
redhoMu ya Allah :'(

Ahad, 10 Mac 2013

whatever will be ,it will

assalamualaikum n hii....

Que sera sera,
Whatever will be, will be,
Coz I know for a certainty,
That Allah is there for me.


yup,sahabatku yg cun hensem indah macho cantik menawan ayu sekalian,
kalian tahu Allah itu sangat baik dengan kita.... 
yup,dikala mana kita senang,Dia ada disisi.......
disaat mana kita susah,Dia memandang dengan pandangan kasihNya....
Subhanallah,nice sangat...sweet sangat kan......
even kadang2 kita bizi (sebut : buzy) dengan kerja kita yg xsetara mana pun...Allah tetap setia menunggu hambaNya itu datang mengadu kepada Dia....

padahal, kalau kita xcakap pun Allah dah tahu,Dia kan Maha Mengetahui...
tiada yg terselindung dari pandanganNya...

TAPI....
Itulah yg nice tu...
Sebabnya Dia nak dengar rintihan kita, nak dengar kita mengadu kat Dia masalah kita, kehidupan kita sepanjanghari tu
,Dia sanggup dengar kita ,setia dengan hambaNya ini......
sweet sangat....

" Dalam hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda:
 Allah Taala berfirman: 
Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka.
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa.
Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Allah is always by your side,man....

so,sahabat...renungkanlah sejenak apa nikmat yg telah Allah kurniakan pada kita......
indahnya hidup andai semua berpaksikan Allah sebagai tunjang hidup...yakin rahmatNya sentiasa ada

tq n see you soon.......


Sabtu, 9 Mac 2013

Ber"Chenta" Till Jannah

assalamualaikum n hai....
kaifa ha lukum???
waduhhh,lama rasanya xmenaip naip nie...ingin sekali berbuat begitu,tapi ..ketidak kesempatan masa ke arah yg lebih penting menundakan niat untuk menebarkan ilmu yg xseberapa nie,wallahualam...moga dapat diambil ibrah pengajaran darinya,
so,apa khabar iman? baikkah amal?
 sihatkah rohani anda??

hmm,so srg nie najwa nak kongsikan sedikit daripada perkongsian ceramah tadi..kat dewan putra 1,K13...*keja bnyak pun nyempat lagi ea..(T_T)facepalm!

the title is "BERCINTA SAMPAI SYURGA" @ "Love Till Jannah"
by speaker : Ameen Misran
venue : Dewan Putra 1,K13

yup,based on perkongsian ilmu tadi,yup bru abis tadi..disini akan dikongsikan sedikit sebanyak yg saya faham dengan harapan dapat membantu kalian ye..InsyaAllah :)

Okey,Apa itu cinta & bercinta ?

definisi "cinta" itu sendiri seringkali disalah ertikan atau dimomok2kan oleh kaca mata masyarakat sekarang yg hanya melihat dari konteks luaran atau istilah tanggapan local ,turun temurun dan sewaktu dengannya...

ya adik2 akak2 abang2 sekalian, cinta atau 'hubb' itu tidak sama dengan 'ishk' yg mana 'hubb' itu membawa maksud cinta dan divariasikan kepada pelbagai jenis kecintaan..TAPI...!!
'Ishk' ini pula membawa maksud asyik atau keseronokan tahap ultra 7 yg dihidapi oleh makhluk bernama manusia nie...
jadi,sebenarnya,kapel2 ini telah menyerongkan makna dan definisi Hubb kepada Ishk tanpa sedar....
ohh,tidak.. !!! apakah semua ini?
sesuka hati je tuduh kitorang menyimpang kan maksud ohooi!!
ehh,sabar dulu....haish,hampa nie mmg xsabaq noo...sat ,najwa nak habaq noo..
haa,ita kecilkan skop cinta ini kepada cinta antara manusia,yakni lelaki ngan pompuan ea..bukan yg sama gender,ewww.....no no no....

okay,so sekarang nie..cinta adalah untuk anda yg sanggup memberikan komitmen..sebb tanpa komitmen yg tinggi dan jitu ,mana mungkin Kry Ell Si Si (KLCC) dapat disiapkan, masjid diwujudkan, perumahan dibangunkan..jika bukan kerana komitmen dari para buruh yg sentiasa tekun bekerja.....ehh,back to our topic....

dan cinta itu juga terbahagi kpd 3 bahagian seperti mana dalam buku *tajuklupapula..
iaitu
1)  Cinta Terulung
2) Cinta Pertengahan
3) Cinta Picisan..

cinta terulung itu adalah cinta yg paling agung...sebagaimana cintanya sahabat2 baginda kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w (haaa,selawat la balik,dapat syafaat nanti woo..) sehingga mereka akan merasa sangat sedih andai tidak dapat berkorban demi Rasulullah,huhhuuu.....
even kalau xsalah,seorang wanita yg sangat cinta dan kasihkan  nabi kita,Nafsah sehingga sanggup menggunakan badannya sebagai perisai buat nabi demi chenta nya beliau ..
subhanallah hebatkan diorang nie...semoga kita dapat menjadi seperti mereka nie kan,amin....

Cinta pertengahan nie pulak  adalah chenta yg boleh membawa kepada chenta terulung itu tadi ,chenta sesama makhluk yg menuju keredhoan Allah...
Allahuakhbar,tinggi pengertiannya tahu.....so,kalau la sorang ikhwan a.k.a lelaki nie betul2 & benar yg sebenarnya suka kat kamu,dia akan dengan gentlemannya akan p tanya kat wali kamu tau....
sebab apapun kena mintak persetujuan wali....
okay ye setakat nie? paham x??

dan yg terakhir sekali adalah chenta picisan atau chenta yg "kalau chenta dah melekat,taik unta dia kata cekelat" nie yg susah.....
sebabnya cinta seperti ini berkemungkinan BESAR akan bawa kepada kancah penzinaan...astaghfirullah nie,kita xmahu ye...
cinta jenis nie adalah cinta yg mcm pegang2 tgn la, touch2 la, kiss2 la, ops2 la, n sewaktu dgnnya lah adalah sangat2 menghina maruah wanita as a toy,not to be taken as a respectful wife..!! dan najwa berkata begini sebb najwa sayangkan kalian....

        Sedarlah wahai insan terindah hiasan solehah yg ku sayangi sekalian....
Diri kalian bukannya barang permainan, bukan jua barang lelongan...kalian insan hebat !!
dirimu teramat tinggi nilainya dalam kesederhanaan di dunia tapi hebatnya itu dapat menggoncang dunia sebagaimana srikandi islam,Sumayyah yg lembut diluar tegasnya didalam....
dan lagi....
bersambung entry yg lain pula ye.....
syukran kerana membacanya :)