Okey,..alhamdulillah,see i told u Allah sangat nice n sweet kan...
lemme tell u a short story,which i think like a miracle again to me...
it's all about semut...A.N.T = ant....
Sebenarnya beberapa jam yg lalu , aku telah mengharungi suatu detik yg mana tetiba jek segerombolan askar2 semut *x lah,tipu jek..dalam 10ekor padahal.. masuk dalam loker aku..
dah la masuk pastu menuju ke tempat simpanan makanan aku,stok hidup tu...
aku carik2 pastu baru jumpak puncanya,rupa-rupanya aku ada simpan gula-gula yg x dimakan lagi dalam lemari aku tu..
patutlah berjoli-jilo sakan para semut tu..
tapi,yg sadisnya,aku berhati kejam..dah sebab x tahan dgn semut2 nie,aku pun amek ant sprayer terus semboqq kat diorang nieh...then tinggalla jasad2 yg bergelimpangan kat atas lantai bilik aku tuh..
*da rasa macam akulah terminator abad ultraman mega pulak kekejamanku ...*
Then..sesaat lepas tu...sesaat je,kat hati aku terlintas...
"ehh,xpe ke aku membunuh semut2 nie?? adakah berdosa @ salah? apa hukum nie.."
kejap je aku terpikir,pastu xingat dah..
tup tup..tadik,tengah scroll page feed,tetiba jek ada satu page yg menerangkan pasal semut2 nie...
aku pun macam...............
(OoO)..............
ni lah sedikit sebanyak aku c&p dari page tu..:
"Semut merupakan serangga yang sangat kecil dan mudah dijumpai di mana-mana. Namun kehadirannya kadangkala menyebabkan kita tidak selesa dan membunuhnya.
Tapi bolehkah kita membunuh semut? *see,aku da cakap en..Allah da jawab persoalan aku...^_^ *
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; “Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad”. Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.
Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.
Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahua’lam...
dari http://www.nizarazu.com/bolehkah-kita-membunuh-semut/
thanx for da info..!! (^_^)
sangat berguna....
me,myself..
-najwa-
Y(^_^)Y
Tiada ulasan:
Catat Ulasan