(p/s:InsyaAllah,i hope that if not the whole,maybe a lil' bit can give some inspirations for all of us,bear in mind that u must put Allah at upmost prior than other okay...Allahuakhbar)
dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim.............
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Angin bayu dari pantai meniup lembut,menyegarkan dirinya seusai menunaikan solat Subuh pada dinihari itu.
Allahuakhbar,terasa indahnya kala itu..Wardah memejamkan matanya,rapat ...merasakan nikmat pemberian Allah kepada dirinya petang itu,peluang seperti ini jarang sekali didapatinya lantaran diri sibuk sepanjang masa.
Yaa,Wardah merasakan sesuatu dari dalam hatinya,resahkah hatinya? tenangkah dia sekarang? kosongkah hatinya?
ahh,dia tidak dapat memahaminya.
Gelodak hatinya kini serasa ingin menyumbat sistem pernafasannya,memperlahankan aliran darah ke segenap ruang badan.
"Aduh,apakah ini?".Wardah menggumam .Tangannya itu diletakkan diatas dadanya,merasai degup kencang hatinya itu. Masih lagi kencang.
Tidak mengapalah hati,mungkin ia sedang berzikir kepada Tuhan alam ini,Maha suci Allah yg menjadikan makhluk2Nya sesuai dengan keadaan setiap satunya.
Setelah dirinya dirasakan puas menghirup udara pagi hari,Wardah masuk ke dalam,ada tugas yg perlu disiapkan.Bimbang jika ditangguh akan bertimbun..sabar itu penting..
"Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Al-Asr : 1-3
"Ya Allah,bantulah hambaMu ini.Ya, aku ada Kamu,.." Wardah memulakan kerja ,assignment yg dibawa balik dari kolej itulah menyebabkan dia sedikit terkilan untuk pulang ke rumah.
Bukan apa,dia tidak mahu konsentrasinya ketika pulang itu akan terganggu,tumpuan khas untuk keluarganya sahaja..dahlah balik pun jarang sekali,apatah lagi pulang membawa tanggungan..tapi itulah,hidup sebagai pelajar..."Apabila kamu tidak menahan lelahnya belajar,Kamu pasti menanggung peritnya kebodohan".Terkedu. ditarik balik rungutan tadi. kerja nya dimulakan.
Malam itu,setelah selesai mengemas dan bersiap-siap untuk tidur,fikiran dan hatinya diasak lagi.
Duhai hati dan akal ,apa lagi yg kalian mahukan?? Soalan itu kerap kali bermain-main dibenaknya.
Dia sudah penat,penat untuk menjawabnya . Dia juga tidak tahu apakah alasan dan hujah yg sesuai,dia bingung.
Nafas ditarik panjang. lalu dilepaskan perlahan.
Ya,kali ini dia nekad.
Nekad untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut,persoalan ygseringkali bermain dibenaknya setiap kali dia bersendirian.
Apakah yg dicari dirinya selama ini?
Bisikan2 halus yg mengejek dan memerli dirinya setiap kali dia bersemangat,manusia lain tidak tahu itu.Hanya saja ia dapat didengar,pastilah manusia lain akan lari daripadanya,kerana apa?kerana bisikan itu sudah pandai mencari helah yg superb,terkadang Wardah juga tidak mampu menghalangnya.
Ada sesuatu yg hilang dari dirinya,itulah yg perlu dicarinya sekarang .
Namun,dia kembali runsing. Kemana pula dia ingin bertanya? Darimana dia mahu bertukar dan meminta pandangan?pandangan sayu dilontar kehadapan. hmm,beratnya persoalan ini..
Persoalan mengenai diri sendiri rupanya lebih berat bebannya dari menyelesaikan permasalahan orang lain.
Dia kaku sejenak. Dia buntu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lembaran buku notanya dibuka,menconteng-conteng segala idea yg datang,datangnya tanpa diduga.Alhamdulillah, bersyukur kerana dikurniakan isi idea untuk berbicara,walaupun bicaranya hanyalah diatas sebuah kertas.Sesekali dia melontarkan pandangannya ke tepi,memerhati perilaku sahabat sebelahnya. tiba-tiba,hatinya terasa pilu.
Sesekali dia mempersoalkan takdir Allah,mengapa dia diuji sebegini? ya,bukannya ujian berbentuk fizikal,tetapi ujian berbentuk halus,hadirnya tanpa sedar sahaja sudah boleh melukakan hatinya,parah ni nampaknya.
Kenapa aku dikurniakan sahabat yg berperwatakan begini? Adakah aku ini cerminan dirinya,ataukah dia ini cerminan diriku?? Aku buntu,tidak ada sekelumit pun mahu menyindir atau memperkecil sahabatnya itu,tetapi terkadang dia sedih.Wardah sendiri tidak mengerti bagaimana dia bisa bersahabat dengannya,mungkinkah dahulu perangainya ditutup?ataukah dia itu memang cerminan sifatku selama ini? Ya Allah,hina terasa diri ini..
Bukan niat untuk mencela sahabatnya itu,tetapi Wardah perlukan bimbingan,sokongan dan kesetiaan jalinan sebuah persahabatan seperti disekolahnya dahulu,bukan ini yg dia mahukan.
Hamburan kata-kata kasar,sesekali terkeluar bahasa yg tidak beradab,hati wardah pedih,dia terkilan.... dia sedih mengapa sahabatnya itu sedikit kasar dan keras,sukar sekali untuk mengajaknya membuat kebaikan,walaupun dia sedar akan kebaikan itu besar ganjarannya...
Astaghfirullah,ampunkan dosaku ya Rahiim...
Syaitan menghasut secara halus....apakah patut aku mempersoalkan takdir dan kehendakNya?
Apa yg perlu aku lakukan ,Ya \Khaliq?
Bantulah hambaMu ini,aku ingin sekali melihatnya berubah,jauh dari sifat dirinya sekarang,aku mahu dia berubah ke arahMu....kerana aku sayangkan dia sebagai sahabatku,
Allahuakhbar...susahnya mengajak manusia ke arah kebaikan ini,dan aku..aku juga tidak tahu masa depan ku nanti,aku hanya mampu berusaha..Istiqamah kan diriku agar sentiasa diatas landasan Kasih dan RedhoMu yg amat aku dambakan...
"Kadang-kadang,Wardah juga insan biasa...tidak lari dari kesalahan manusiawi ini...
namun janganlah dipersalahkan agamanya,diperli dirinya secara halus...tegurlah dengan berhikmah,sahabat",dia membisikkan soalan pada angin yg berlalu,dibiarkan terbawa oleh hembusan angin,sepi tanpa jawapan..
Ahh,hampir saja dia terlupa...Niatnya untuk mencari jawapan yg tuntas kepada persoalannya dan kini tersedia beban amanah berbentuk sahabat yg perlu digalas dan dijaga dengan sebaiknya..
dia tekad untuk tetap mencari jawapan...........bersambung lagi nanti,InsyaAllah..
P/S: sekadar nota kaki....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan