ayat gerak

The most important thing is to enjoy your life—to be happy—it's all that matters

Sabtu, 24 November 2012

news ...on Gaza truce

assalamualaikum..

sedih tau...
nampak sangat diorang nie memang sengaja.je nak pancing mata dunia dengan janji diorang..
genjatan senjata di Gaza.. :( baru je disetujui..
alih-alih..
Kau boleh x hentikan perang nie terus ,encik Netanyahu,..
sudah-sudah lah kau membunuh nie..apa salah diorang ye?
on 1st Muharram, you take the whole crew to crush Gaza deadly..
hey, they did nothing to you..
what??
revenge? Hamas ..?
you tell the world ,this is the price for Hamas to pay if they brave to toying you....
 liar..!!
in the name of humanity, u did not deserve to be called as human..!
Ya Allah,tetapkan iman kami dan tabahkan hati pejuang2 kami untuk istiqamah dalam perjuangan..
matikan lah mereka sebagai para syuhada..

nie berita yang diambil dari Aqsa Syarif


"GAZA CITY, 23 Nov 2012 – Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan sembilan yang lain di pagar sempadan antara Gaza dan Israel, sehari selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.
Media tempatan Ma’an melaporkan, mangsa, Haitham Abu Daqqa, 23, ditembak di kepala oleh askar Israel kerana mendekati pagar keselamatan di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza bersama sekumpulan penduduk Palestin yang meraikan penamatan konflik.

“Kejadian berlaku ketika Haitham cuba meletakkan bendera Hamas di atas pagar sempadan. Tiba-tiba seorang askar Israel melepaskan tiga kali tembakan udara sebelum menembak mangsa dan mencederakan sembilan yang lain,” menurut laporan itu.
Seorang jurucakap tentera Israel menyifatkan kejadian itu sebagai kejadian terpencil dan tidak perlu melakukan serang balas.
“Insiden ini dijangka tidak memberi kesan terhadap persetujuan perdamaian yang dirancang Mesir,” katanya.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh terus menggesa dan mengingatkan kedua-dua pihak menghormati arahan gencatan senjata yang dimeterai kelmarin.
Sementara itu, pegawai kesihatan Gaza berkata, kejadian ini adalah laporan keganasan pertama susulan gencatan senjata dilaksanakan antara Israel dan Hamas, kelmarin.
“Jumlah kematian meningkat kepada 170 orang selepas dua disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah ketika serangan udara Israel sejak minggu lalu,” katanya.
Dalam masa sama, langit Gaza yang sebelum ini dihujani serangan mortar mula berubah selepas perjanjian gencatan senjata Israel-Palestin dimeterai.
Ratusan penduduk membanjiri jalan raya di sekitar wilayah Gaza, sambil bersorak dengan laungan “Allahuakbar”.
Akhbar tempatan melaporkan penduduk mula membersihkan sisa runtuhan akibat dari serangan itu.
“Hari ini kami berasa sangat berbeza, kami berharap ketenangan ini akan kekal selamanya”, ujar seorang penduduk Ashraf Diaa.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, penduduk Gaza merayakan gencatan senjata ini dan membuktikan mereka bukan mudah untuk ditewaskan.
“Kami tidak akan tunduk kepada pencerobohan Israel atau permintaan sekutu Amerika Syarikat. Walaupun Mesir, Turki dan Iran menaja perjanjian damai ini tetapi wira sebenar adalah pejuang Palestin,” katanya.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya mendakwa kemenangan paling jelas adalah survival pejuang dan penduduk Gaza sendiri.
“Kami berjuang untuk kewujudan demokrasi dalam dunia moden ini,” katanya.
Tetapi, tempoh gencatan senjata yang tidak diketahui hingga bila itu masih menjadi persoalan apabila Gaza dan Palestin masing-masing memberi amaran untuk meneruskan serang balas jika perjanjian dicabuli.
Kelmarin, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak memberi amaran gencatan senjata dapat bertahan sembilan hari atau sembilan minggu atau lebih.
“Jika terdapat provokasi atau tembakan, kami tidak teragak-agak untuk meneruskan serangan”, katanya dalam satu temu bual di radio tempatan,” katanya.

Tiada ulasan: