apa khabar semuanya??
alhamdulillah..anda semua baik-baik sahaja...
sabar..
hmm..
begitu mendalam maksud "SABAR" itu sendiri..
Hidup sebagai seorang hamba Allah yang sedang dalam perjuangan kehidupan itu sendiri banyak mengajar erti kesabaran yang sebenar...
sabar berhadapan karenah manusia yang bermacam ragam..
Ya Allah kadang-kadang membuatkan kita terpikir apakah tahap kesabaran setakat ini sahaja...
Astaghfirullah, pabila mengenangkan tahap diri yang masih belum cukup sempurna , apatah lagi mahu mengadili seseorang itu..
tapi..ya,kadang-kadang sikap orang tersebut yang sentiasa menguji kita....
mohon ketabahan hati Ya Rahiim..
indahnya apabila kita memahami erti sabar itu sendiri...
Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31)
\
Tidakkah Allah Yang Maha Penyayang telah berfirman yang Dia nak uji untuk tahu sejauh mana kasih sayang kita terhadap-Nya,kan..??
ya..dan ini adalah sedikit petikan dari laman IluvIslam.com
membicarakan tentang sabar..
"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi." "
so,sahabatku fillah..
berjuang dan bertahanlah dengan Sabar kerana disetiap sabar itu ada hikmahnya...
In Sha Allah..
Tata...
Y(^_^)Y
Tiada ulasan:
Catat Ulasan